Program Kesihatan "Mesra Kasih" Meriah, Kongsi Ilmu & Produk Kesihatan Percuma Kepada Komuniti

Tanjong Karang, 17 Julai 2025 (Khamis) – Satu inisiatif kesihatan komuniti yang diberi nama Program Kesihatan Mesra Kasih telah berlangsung dengan jayanya di Kedai Nasi Ayam Embah Surip, Tanjong Karang. Program yang bermula pada jam 3.00 petang ini telah menghimpunkan warga komuniti tempatan bagi berkongsi ilmu berkaitan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan harian.

Program ini merupakan anjuran bersama MAYDA Malaysia, Akira Touch dan Pertubuhan Jawa Parlimen Tanjong Karang, dengan matlamat memperkasakan masyarakat melalui pendidikan kesihatan dan sokongan produk kesihatan berkualiti.
Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Encik Sazarul Zakry bin Dato’ Sri Zainal Abidin, Presiden MAYDA Malaysia dan Prof. Sidek bin Ab Aziz, Pengerusi Veteran MAYDA Malaysia serta Dato' Sri Zainal Abidin Bin Hj Ahmad, Penasihat Kehormat MAYDA Malaysia,Haji Tahiron Dimyati, Pengerusi Pertubuhan Jawa Parlimen Tanjong Karang. Majlis turut diserikan dengan tetamu jemputan khas Pengasas produk kesihatan Akira Touch, Mazwin binti Mohamad.

Sepanjang program, para peserta diberikan penerangan berkenaan penjagaan kesihatan dalaman dan luaran, diikuti sesi soal jawab interaktif bersama pakar. Peserta turut menerima produk kesihatan percuma, sebagai usaha menyokong gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

Program ini turut menerima sambutan hangat daripada masyarakat, terutamanya golongan wanita dan warga emas yang hadir untuk mendapatkan pendedahan dan nasihat kesihatan daripada pihak penganjur.

Dengan kejayaan program ini, pihak penganjur berharap untuk meneruskan lebih banyak inisiatif seumpamanya di masa akan datang, demi meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia.
@lensamayda

Comments

Popular Posts