Kejohanan Ping Pong Piala Presiden MAYDA 2.0 Gegarkan Kampung Permatang
KAMPUNG PERMATANG, 20 Julai 2025 – Kejohanan Ping Pong Piala Presiden MAYDA 2.0 yang berlangsung di Kampung Permatang telah mencatatkan kejayaan cemerlang dengan penyertaan aktif masyarakat setempat.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa ringkas . Seterusnya , ucapan aluan daripada Bendahari Masjid Rahmani , Encik Asit Udin dan majlis perasmian oleh Yang Berbahagia Dato' Sri Zainal Abidin Bin Hj Ahmad selaku Penasihat Kehormat MAYDA Malaysia.
Kejohanan yang dianjurkan oleh MAYDA Malaysia dengan kerjasama JPKKP Kampung Permatang, Masjid Rahmani Kg Permatang, dan Kelab Sahabat Superstrike Permatang, berlangsung dalam suasana penuh semangat dan harmoni. Bertemakan “Double Trouble”, kejohanan ini mengetengahkan format beregu yang menuntut kerjasama, kecekapan dan keserasian antara pasangan pemain. Disertai oleh penduduk tempatan pelbagai peringkat umur, acara ini menyaksikan semangat kesukanan dan ukhuwah yang tinggi. Hadiah terkumpul bernilai RM700 serta piala dan medal menjadi rebutan.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa ringkas . Seterusnya , ucapan aluan daripada Bendahari Masjid Rahmani , Encik Asit Udin dan majlis perasmian oleh Yang Berbahagia Dato' Sri Zainal Abidin Bin Hj Ahmad selaku Penasihat Kehormat MAYDA Malaysia.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Presiden MAYDA Malaysia, Tuan Sazarul Zakry bin DS Zainal Abidin, yang turut menjawat jawatan sebagai Pengerusi MAYDA Tanjong Karang.Disertai oleh penduduk tempatan pelbagai peringkat umur, acara ini menyaksikan semangat kesukanan dan ukhuwah yang tinggi. Turut hadir ialah Pengurus JPKKP Kampung Permatang, Muhammad Shahrizal bin Jailani, yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini.
Dalam ucapannya, Tuan Sazarul Zakry menekankan bahawa sukan adalah medium perpaduan yang ampuh dan perlu terus diperkasa oleh masyarakat akar umbi. Hal ini demikian kerana berkait rapat dengan slogan MAYDA iaitu penyatuan adalah kekuatan.
🏆 JUARA
Pasangan Zahrul & Adham telah dinobatkan sebagai Juara Kejohanan Ping Pong Piala Presiden MAYDA 2.0 setelah menampilkan aksi cemerlang dan konsisten sepanjang pertandingan. 🥈 NAIB JUARA
Tempat kedua diraih oleh pasangan Wak Leman & Yusman yang memberi saingan sengit di peringkat akhir. 🥉 KETIGA
Pasangan Izzad & Fahmi berjaya merangkul tempat ketiga selepas perlawanan penentuan yang cukup mendebarkan. 🎖️ KEEMPAT
Manakala tempat keempat disandang oleh pasangan Asyraf & Aziz, yang turut menunjukkan semangat kesukanan tinggi dan daya juang yang hebat.

Semoga aktitviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. Kejohanan ini telah membuktikan bahawa semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan mampu mencetuskan suasana yang harmoni dan penuh semangat. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Comments
Post a Comment