Majlis Penyerahan Jersi Pasukan Bola Sepak SK Kuala Selangor (SEKLAS) Disempurnakan Presiden MAYDA

KUALA SELANGOR, 30 Jun 2025 (Isnin) – Satu majlis penyerahan jersi baharu pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor (SEKLAS) telah berlangsung dengan penuh meriah di Dataran Perhimpunan SK Kuala Selangor. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dan disaksikan oleh seluruh warga sekolah termasuk murid-murid, guru-guru serta yang Dipertua PIBG dan jurulatih pasukan bola SEKLAS. Seramai 15 pemain telah menerima jersi baharu yang akan digunakan bagi perlawanan peringkat daerah Kuala Selangor tidak lama lagi.

Acara gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh YBhg. Sazarul Zakry bin Dato’ Sri Zainal Abidin, Presiden MAYDA Malaysia yang turut dikenali sebagai tokoh masyarakat aktif dalam pembangunan sukan dan pendidikan belia di peringkat tempatan dan disempurnakan oleh Guru Besar SK Kuala Selangor, Tuan Nizamuddin Bin Hj Zakaria, diiringi oleh Penolong Kanan Kokurikulum dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Pasukan bola sepak bersama pentadbir sekolah, Presiden MAYDA Malaysia serta Jurulatih dan yang di Pertua PIBG 

Jersi baharu perpaduan corak jalur bewarna biru dan logo sekolah di dada kiri itu direka khas untuk menaikkan semangat juang para pemain. Ia turut ditaja sepenuhnya oleh Presiden MAYDA Malaysia yang memberi sokongan kepada pembangunan sukan peringkat akar umbi. 

Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah agenda komuniti #maydaforall dan #unityisstrength, di mana MAYDA terus komited menyokong pembangunan sahsiah pelajar melalui sukan dan pendidikan. Penyerahan jersi ini turut menjadi pemangkin kepada penyertaan lebih aktif SK Kuala Selangor dalam kejohanan peringkat daerah dan negeri pada masa akan datang.
Presiden MAYDA Malaysia bersama Guru Besar SEKLAS. 



Suasana penuh ceria jelas terpancar di wajah para pemain yang kini lebih berkeyakinan dengan identiti pasukan mereka. Majlis ini bukan sahaja menyuntik semangat kepada para pemain, tetapi turut memberi inspirasi kepada murid-murid lain untuk aktif dalam kokurikulum. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, terutama penaja dan barisan guru yang komited.

Kami doakan semoga pasukan bola sepak SK Kuala Selangor terus maju dan mengharumkan nama sekolah di persada kejohanan negeri!

@lensamayda 

Comments

Popular Posts