A Ligue Series 2025 (MAYDA United VS Kampong Boys)

 


BESTARI JAYA : 16 Februari 2025. 

Perlawanan antara MAYDA United dan Kampong Boys telah berlangsung pada jam 5.30 pm ​di Padang Turf UNISEL (Kompleks Sukan UNISEL).  Perlawanan menentang Kampong Boys pada hari ini berkesudahan dengan memihak kepada  pasukan MAYDA United FC 3-2. Alhamdulillah , kemenangan menjadi milik MAYDA United pada minggu ini.



Barisan pemain MAYDA United FC pada separuh minit pertama.


  Gol pertama dijaringkan oleh Mahadir  berjersi nombor 10 manakala 2 gol dijaringkan oleh Faris berjersi nombor 42 pada 10 minit terakhir.

  Kemenangan ini sekaligus menobatkan MAYDA United FC sebagai juara serta berada ditempat yang selesa dengan mendahului 5 mata dihadapan. Seterusnya,bakal menjadi Juara A Ligue Series 2025 Unisel Series yang berbaki 1 perlawanan sahaja lagi. Meskipun begitu pemain-pemain MAYDA United akan terus berjuang pada perlawanan akhir. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan serta pemain-pemain MAYDA United FC yang. Liga ini adalah kejuaraan pertama untuk MAYDA United FC.


Dari kanan Tuan Sazarul Zakry, Pengurus MAYDA United bersama Jurulatih En Suhaimi dan Hairul Zahri.

#maydaunited

#maydaforall

#unityisstrenght

Comments

Popular posts from this blog

Program Gunting Rambut Perdana JPKK & MAYDA Malaysia

Kejohanan Bola Sepak Piala Parlimen Kluang 2023

Kunjungan Hormat MAYDA Malaysia ke Gelanggang Silat Bunga