MAYDA EJ Project Racing Ungguli Perlumbaan "King of 2T" Round 4 2024
Kuala Selangor, 29 Disember 2024 – Perlumbaan motosikal berprestij "King of 2T" Round 4 2024 telah melabuhkan tirainya dengan penuh dramatik dan penuh semangat kompetitif. Edisi kali ini yang turut meraikan ulang tahun ke-10 perlumbaan King of 2T menyaksikan penyertaan hebat dari pelbagai pelumba dalam kategori dua lejang (2T) dan empat lejang (4T) dengan pelbagai kelas jentera.
Pasukan MAYDA EJ Project Racing tampil cemerlang apabila berjaya mengungguli perlumbaan dengan membawa pulang empat piala Johan, satu Naib Johan dan satu tempat Ketiga daripada keseluruhan kategori yang disertai – sekaligus menobatkan mereka sebagai Juara Keseluruhan.
Kejayaan manis ini turut disaksikan oleh Presiden MAYDA Malaysia, Tuan Sazarul Zakry bin Dato' Sri Zainal Abidin, yang hadir memberikan sokongan bersama Team MAYDA Dengkil dan Team MAYDA Kuala Selangor.
Antara detik mencabar dalam perlumbaan ialah ketika pelumba MAYDA EJ Project Racing, Khairul, mengalami kemalangan dalam kategori 2T PRO 125Z No Coolent. Namun, semangat juangnya tidak luntur dan bangkit pada kategori seterusnya.
“Saya masih boleh berlumba lagi, cuma keadaan motor pada ketika itu tidak mengizinkan,” ujar Khairul, menunjukkan keazaman dan dedikasi tinggi terhadap sukan ini.
Keputusan Rasmi Perlumbaan KING OF 2T 2024 – ROUND 4:
-
🥇 2T PRO 150cc (12.10 PM) – JUARA
-
🥇 2T PRO All Star ST (2.30 PM) – JUARA
-
❌ 2T PRO 125Z No Coolent (4.00 PM) – Tidak bernasib baik (kemalangan)
-
🥉 2T PRO 150cc ST (3.00 PM) – KETIGA
-
🥈 King of the King 2T – NAIB JUARA
Perlumbaan ini mempertandingkan pelbagai kategori seperti:
-
2T PRO 120cc, 150cc, ST, AS, ASP, OSK
-
4T PRO 130cc dan 155cc ASP
-
Kategori khas King of the King 2T
Dengan kehadiran ramai peminat dan penyertaan hebat dari pelumba seluruh negara, King of 2T terus kekal sebagai salah satu platform utama mencungkil bakat sukan permotoran tanah air.
Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan MAYDA EJ Project Racing dan semua pihak yang menjayakan acara ini. Semoga kejayaan kali ini menjadi inspirasi untuk terus mengharumkan nama di pentas perlumbaan akan datang. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
@lensamayda
Comments
Post a Comment