Karnival Usahawan Perpaduan 2024, Jom Support Lokal berlangsung dengan jaya di Stadium Kajang

KAJANG, SELANGOR – Stadium Kajang bergema dengan sorakan, gelak tawa dan semangat perpaduan apabila Karnival Usahawan Perpaduan 2024 x Food Mania berjaya dilangsungkan dengan penuh warna-warni dan kemeriahan pada 30 Mei hingga 2 Jun 2024. Acara ini telah menjadi platform integrasi sosial, keusahawanan dan hiburan rakyat yang menyatukan komuniti pelbagai lapisan masyarakat.

Dengan tema "Jom Support Lokal", karnival ini menghimpunkan lebih 100 usahawan tempatan dari pelbagai sektor yang menawarkan produk makanan, pakaian, kraftangan dan perkhidmatan. Kolaborasi dengan Letops Fest (Food Mania) telah menambahkan elemen street food dan hiburan luar biasa kepada pengunjung.

Pertandingan Perpaduan Idol – Pencungkil bakat nyanyian dari seluruh negara yang memperlihatkan finalis bertarung dalam pentas akhir. Pemenang membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM1,000.
Esport Mobile Legends – Kejohanan E-sport yang menarik penyertaan komuniti gamer. Pertandingan berlangsung pada 1 Jun 2024. 

Kejohanan ini menjadi antara acara tumpuan, menghimpunkan pasukan pemain muda dari pelbagai latar belakang bagi merebut hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM2,000.

Program bermula seawal jam 8:00 pagi dan berlangsung dengan penuh meriah serta tertib. Kejohanan ini dianjurkan oleh Malaysia United Development Association (Mayda) dengan kerjasama Esport Tanjong Karang, sebagai platform pembangunan bakat belia dalam dunia digital dan sukan elektronik.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Kajang. Dalam ucapannya, beliau menyatakan sokongan terhadap inisiatif yang melibatkan penyertaan belia secara sihat dan positif, terutama dalam bidang teknologi dan digital.

“Program seperti ini bukan sahaja mencungkil bakat belia dalam dunia esukan, malah dapat memperkukuh perpaduan komuniti setempat melalui penyertaan yang inklusif dan berdaya saing,” ujar beliau. 

Karnival ini turut diserikan dengan kehadiran artis-artis popular tanah air seperti:

Zamani – Persembahan utama yang menggegarkan pentas utama

Kiah Propa – Pengacara dan aktivis sosial yang mencuit hati ramai

Nur Nilam – Artis dan usahawan terkenal

Azlan Komeng – Artis budaya dengan persembahan istimewa

Zul Yahya, dan pelajar dari Madrasah Tahfiz Al Aziz yang menyampaikan persembahan seni Islamik.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah, menyatakan bahawa inisiatif ini berpotensi besar untuk memberikan manfaat secara langsung kepada anggota melalui pelaksanaan aktiviti perniagaan yang boleh menjana pendapatan sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Program seperti Karnival Koperasi ini bukan sahaja menjadi platform kepada usahawan tempatan mempromosi produk mereka, tetapi juga memperluas jaringan kerjasama dan membuka ruang kepada penglibatan komuniti dalam menjana pendapatan melalui program-program bersifat inklusif dan mesra rakyat,” jelas beliau.
Dipetik daripada keratan akhbar Harian Metro Malaysia, 4 Jun 2024.

Dato' Sri Zainal Abidin Bin Hj.Ahmad Bersama Dato' Abdul Fattah Abdullah, Presiden Angkasa & Asean Co-operative Organization (Aco)



Senam Robik Coach Qina Bersama para pelajar daripada Murni Collage, Nilai. 

@lensamayda 

Comments