Kunjungan Hormat MAYDA Malaysia ke Gelanggang Silat Bunga

TANJONG KARANG - 13 Februari 2025. Malam ini Presiden MAYDA Malaysia, Tuan Sazarul Zakry berpeluang mengunjungi ke Gelanggang Silat Bunga di Tahfiz Jamiul Hasanat Batu 10. Kunjungan ini disambut mesra oleh anak-anak silat. Selain itu, Pengerusi Silat Bunga Puan Aindatul Akma Bt Zainey turut  memperkenalkan anak-anak silat Bunga cawangan Tanjong Karang. 


Persembahan pembukaan daripada anak-anak silat Bunga Tanjong Karang


Pada sesi kunjungan hormat kali ini perbincangan adalah berkenaan dengan hala tuju dan kolaborasi antara Seni Silat Bunga  dalam memberi tambah nilai kepada pelajar dengan mengetengahkan bakat pelajar dalam seni silat mahupun dalam aspek kepimpinan mengendalikan program yang akan dijalankan kelak. Pelbagai usaha juga sedang dirancang dalam melengkapkan fasiliti di gelanggang Cawangan Tanjong Karang bagi memudahkan pelaksanaan program dan aktiviti dari semasa ke semasa.







Comments

Popular posts from this blog

Program Gunting Rambut Perdana JPKK & MAYDA Malaysia

Kejohanan Bola Sepak Piala Parlimen Kluang 2023