Posts

Showing posts from February, 2025

A Ligue Series 2025 (MAYDA United VS Kampong Boys)

Image
  BESTARI JAYA : 16 Februari 2025.  Perlawanan antara MAYDA United dan Kampong Boys telah berlangsung pada jam 5.30 pm ​di Padang Turf UNISEL (Kompleks Sukan UNISEL).  Perlawanan menentang Kampong Boys pada hari ini berkesudahan dengan memihak kepada  pasukan MAYDA United FC 3-2. Alhamdulillah , kemenangan menjadi milik MAYDA United pada minggu ini. Barisan pemain MAYDA United FC pada separuh minit pertama.   Gol pertama dijaringkan oleh Mahadir  berjersi nombor 10 manakala 2 gol dijaringkan oleh Faris berjersi nombor 42 pada 10 minit terakhir.   Kemenangan ini sekaligus menobatkan MAYDA United FC sebagai juara serta berada ditempat yang selesa dengan mendahului 5 mata dihadapan. Seterusnya,bakal menjadi Juara A Ligue Series 2025 Unisel Series yang berbaki 1 perlawanan sahaja lagi. Meskipun begitu pemain-pemain MAYDA United akan terus berjuang pada perlawanan akhir. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan serta pemain-pemain MAYDA United FC yang. Lig...

Kunjungan Hormat MAYDA Malaysia ke Gelanggang Silat Bunga

Image
TANJONG KARANG - 13 Februari 2025. Malam ini Presiden MAYDA Malaysia, Tuan Sazarul Zakry berpeluang mengunjungi ke Gelanggang Silat Bunga di Tahfiz Jamiul Hasanat Batu 10. Kunjungan ini disambut mesra oleh anak-anak silat. Selain itu, Pengerusi Silat Bunga Puan Aindatul Akma Bt Zainey turut  memperkenalkan anak-anak silat Bunga cawangan Tanjong Karang.  Persembahan pembukaan daripada anak-anak silat Bunga Tanjong Karang Pada sesi kunjungan hormat kali ini perbincangan adalah berkenaan dengan hala tuju dan kolaborasi antara Seni Silat Bunga  dalam memberi tambah nilai kepada pelajar dengan mengetengahkan bakat pelajar dalam seni silat mahupun dalam aspek kepimpinan mengendalikan program yang akan dijalankan kelak. Pelbagai usaha juga sedang dirancang dalam melengkapkan fasiliti di gelanggang Cawangan Tanjong Karang bagi memudahkan pelaksanaan program dan aktiviti dari semasa ke semasa.