Kejohanan Ping Pong Jemputan Piala Presiden MAYDA Kg Permatang 2025
KAMPUNG PERMATANG, 19 Januari 2025 – Kejohanan Ping Pong Jemputan sempena Piala Presiden MAYDA telah berjaya dianjurkan dengan penuh gemilang di Kampung Permatang, menyaksikan penyertaan meriah daripada pasukan beregu jemputan sekitar Kuala Selangor dan kawasan berdekatan.
Program anjuran bersama MAYDA Malaysia, JPKKP Kampung Permatang dan Permatang Table Tennis ini berlangsung seawal jam 9.00 pagi dan mendapat sambutan luar biasa daripada penggiat sukan rekreasi tempatan serta komuniti setempat.
Empat pasukan terbaik telah berjaya menempatkan diri dalam kedudukan akhir dan menerima hadiah wang tunai dan pingat.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran perasmi program Dato’ Sulaiman Razak , Pengerusi JPKKP Parlimen Tanjong , Tuan Sazarul Zakry Bin DS Zainal Abidin , Presiden MAYDA Malaysia dan Muhammad Shahrizal bin Jailani
Pengerusi JPKKP Kampung Permatang.
Menurut Dato Sulaiman Razak, kejohanan seperti ini bukan sahaja menyemarakkan gaya hidup sihat, malah mengukuhkan jalinan komuniti setempat.
“Sukan seperti ping pong ini dapat menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan umur . Ini adalah semangat sebenar yang ingin dibawa oleh NGO MAYDA — perpaduan, kesihatan dan kemajuan komuniti,” ujarnya
Kejohanan ini bukan sahaja berjaya dari segi penganjuran dan penyertaan, malah meninggalkan impak positif kepada masyarakat sekitar. Ia membuktikan bahawa aktiviti sukan mampu menjadi medium perpaduan dan pembangunan sosial yang efektif.
Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua pemain, sukarelawan, penaja dan penyokong yang menjayakan program ini. Kejohanan Ping Pong Piala Presiden MAYDA kini dijangka menjadi acara tahunan yang lebih besar dan menyeluruh pada masa akan datang.
@lensamayda
Comments
Post a Comment